|
Wahai
Tuhanku, berikanlah daku Ilmu
Hikmah [pengetahuan ugama] dan hubungkanlah daku dengan orang - orang
yang Sholeh [Al-Syura:83]
|
|
|
|
Mengikut pandangan Ulama'; Makrifat atau Mengenal Allah ada dua jenis
- 1) secara ilmu pengetahuan (Ilmi) dan
- 2) secara perasaan (Haali) atau rasa rohani
Makrifat secara perasaan lebih utama
dari secara ilmu pegetahuan sebab perasaan(rasa) yang benar mesti melalui
pengetahuan yang benar.
Tapi sebenarnya jika dikaji dan dijelujuri dengan
mendalam kita akan mendapati sebenarnya antara dua perkara tersebut ianya
saling berkaitan antara satu sama lain.
Imam Ghazali semasa membahaskan tentang kedudukan
Ilmu Tasauf di antara ilmu - ilmu yang ada di dunia ini, ada menegaskan:
"Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal
dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata - mata],
daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat seluruh
hal-ehwal dua ilmu yang tunggal.Ilmu
yang tersusun itu ialah ilmu ahli - ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka
mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun
dari dua ilmu. Ilmu mereka
terdiri dari
- Hal,
- Waktu,
- Samaa',
- Wujdan,
- Sheikh,
- Sakr,
- Sohwu,
- Isbat,
- Mahwu,
- Fakir,
- Fana,
- Wilayah,
- Irodah,
- Murid
dan apa yang berhubung dengan Hal Ehwal mereka serta tambah - tambahannya, sifat - sifat dan maqam - maqam.
Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini, meskipun Imam Ghazali tidak
menerangkan dengan jelas, kita dapat penjelasan mengenainya dalam kitabnya
"Al-Ahyaa' ketika menerangkan tentang "hakikat
fikiran dan buahnya". Menurut
keterangannya bahawa fikiran
(Al-Fikr/Takakur) adalah bererti mendatangkan dua makrifat(ilmu) dalam Qalbu
untuk menghasilkan makrifat yang ketiga. Dengan ini bermakna bahawa Ilmu Aqli yang berasaskan akal semata - mata
itu mengandungi dua ilmu yang tersusun yang melahirkan ilmu yang ketiga.
Bila ilmu yang
ketiga ini telah didapati dengan erti telah terterap pada Qalbu,
- suatu perubahan pada 'hal Qalbu' terjadi yang menyebabkan berubahnya pula tindakan - tindakan anggota.
- Jadinya dengan "fikiran" menerusi sistem
duaan itu menelurkan "ILMU".
- Ilmu
ini menelurkan pula "HAL"
dan “hal” menelurkan "Tindakan" (Al 'Amal atau Al-Fi'li) - [lihat Al-Ahyaa' penggal 4 muka 412-413].
Oleh itu Hal(kedudukannya) yang
terpenting bagi seseorang pada setiap waktu dan di dalam segala keadaan adalah
adanya pengetahuan(Ilmu) tentang Allah yang akan menerbitkan amal(perbuatan, Iktiqad, syuhud, thoriq) yang benar atau Yang Haq. Ini adalah berdasarkan jika kita lihat dari
sudut hal(atau amal), kita akan dapati hal itu sendiri adalah Ilmu; kerana
ianya berpunca(datang) dari Ilmu Yang Sebenar. Dan apabila kita melihat dari
sudut Ilmu (pengetahuan/Ilmu Tentang Allah) kita akan dapat menyaksikan
bahawasanya Ilmu (pengetahuan/Ilmu Tentang Allah) itu adalah dirujuk kepada “Hal”
atau peribadi jiwa seseorang yang hampir dengan Allah. Dan bahawasnya Hal yang
tertinggi di sisi Allah adalah adanya pengetahuan atau Ilmu Tentang Allah. Ilmu Tentang
Allah adalah punca segala kebenaran(HAQ). Ilmu yang dimaksudkan inilah dikatakan sebagai Ilmu Makrifat dan Ilmu inilah yang menjadi intipati Ilmu
Ahli Sufiah. Dari ilmu merekalah terbitlah
segala hal-ahwal tentang keruhanian yang mana akhir memperlengkapkan
kesempurnaan seorang Insan.
Lihatlah betapa istimewanya adunan Ilmu Ahli
Sufiah ini yang jauh bezanya dengan ilmu - ilmu lain yang ada di dunia ini. Ini
adalah kerana Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan
jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu. (Kata-kata Imam
Ghazali).
Ilmu Tentang Cara - Cara Beramal + Ilmu
Yang Hasil Dari Amalan (Warid) = Ilmu
TASAUF
Jalan
mereka adalah jelas dan nyata sekali dengan petunjuk - petunjuk yang sebenar;
mewarisi keluhuran Ambiya dan Mursalin serta menghiasi jiwa dengan pemaparan
rahsia - rahsia yang terpendam Aulia Allah. Mereka meniti di atas Jalan Yang
Benar kerana adanya Warid Ilahiyah(Ketuhanan). Warid inilah yang dimaksudkan
sebagai Ilmu Yang Hasil Dari Amalan Syariat yang mereka
kerjakan dengan penuh keyakinan. Keyakinan mereka adalah semata - mata pada
membenarkan apa yang ada pada diri Sayyidul Mursalin Nabi Muhammad SAW. dan
pewaris - pewaris Baginda walaupun tanpa sebarang penyaksian. Hanya semata - mata
dengan bertaqlid pada segala apa yang mereka (Rasulullah dan ulama - ulama
Pewaris Baginda) katakan dan kerjakan tanpa ragu - ragu.
Orang yang melihat, mengopek dan seterusnya
memakan serta merasai kaifiat rasa lazat durian itu yang beliau sendiri tidak
dapat memperihalkannya kecuali dengan kalimah
"lazat"...'lazat'.....'lazat' . Tapi
bagaimanakah lazatnya?????
Rasalah
sendiri barulah tahqiq pada anda rasa "lazat"...'lazat'...'lazat'
itu.
Maka
berhiasilah jiwa dan keruhanian mereka dengan Sifat - sifat Ketuhanan(WARID)
dan
pandangan - pandangan Ketuhanan yang kemudiannya memperelokkan Syariat mereka,
memperbetulkan Thoriqat(Jalan) seterusnya Mengkholiskan (Mensucikan) Makrifat
mereka.
Jika
syariat tidak ada dalam erti kata tidak diamalkan dengan barang apa yang
diketahui maka tiadalah sesuatu yang hendak diperelokkan. Oleh itu tidak
dapat tidak(WAJIB), syariat dulu yang perlu
diperbetulkan(dibentuk/diadakan) sebagai persediaan untuk dihiasi oleh Keruhanian.
Jika seseorang lari dari syariat atau anda memperlecehkannya atau memandang
dingin padanya orang itu bukan dari kalangan mereka yang menggelarkan diri
mereka Ahli Tasauf. Orang itu hanyalah semata - mata mendakwa dan
berangan - angan kosong sahaja dan mungkin telah tertipu dan mungkin sesat. Ini adalah
kerana sebenarnya mereka lari atau memperlecehkan atau memandang dingin kepada
Warid Ilahiyah. Menafikan WARID samalah seperti menafikan Kelebihan Wirid yang
akhirnya menafikan Ilmu Tasauf. Benarlah kata - kata Ahli Sufiah;
Hakikat tidak akan muncul sewajarnya
jika syariat dan thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf - huruf tidak
akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.
Oleh
itu ahli makrifat melihat yang ghaib bukan hanya dengan Ilmu dan Iman sahaja. Iman terdiri dengan pendengaran, keyakinan dalam pandangan, dan
keyakinan dalam rasa. Orang
dahaga mendengar nama air - Ini menimbulkan kepercayaan padanya(adanya air);
dilihat air itu - Ini menimbulkan keyakinan , dirasainya(air itu) - Ini
menimbulkan rasa keyakinan. Jika seseorang itu berhenti setakat pendengaran
sahaja, dia tidak dapat peringkat melihat dan merasa.
Jelaslah di sini Martabat atau nilai kehidupan
setiap manusia bergantung kepada makrifat. Cara atau Jalan untuk memperolehi
Makrifat ini adalah semata - mata dengan mengikuti Jalan - jalan Pewaris Nabi -
Nabi dari kalangan Aulia Allah, Sholihin yang beramal dengan Cara dan Kaedah
Ilmu Tasauf. Adunan ilmu mereka adalah adunan syariat dan pati tauhid. Mereka
ini lalah golongan Fakeh Yang Sufiah bukannya Sufiah Yang Fakeh. Barangsiapa
yang tidak mempunyai makrifat, maka hilang nilainya sebagai
Khalifah Allah atau
Insanul Kamil atau maksud:
"Aku hembuskan pada
(Adam/manusia)dari RuhKu(Allah)" Surah
Shod:72 dan
"Aku jadikan
dia(Adam/manusia) dengan kedua - dua tanganKu" Surah Shod:75
Lihat perbincangan lanjut pada pada
tajuk
Asal dan Kedudukan Ilmu Tasauf dalam
bicara mengenai Ilmu Laduni.
Pengetahuan tentang
diri kita adalah sebahagian daripada makrifat. Kerana sekiranya pengetahuan
kita adalah pengetahuan yang benar; kita akan dapat menyaksikan betapa hebat
dan berpotensinya kita jika dibandingkan dengan kejadian - kejadian makhluq
ciptaan Allah yang lain.
Kita paling istimewa dan hebat kerana
- Kita mampu untuk menguasai Ilmu Yang Tidak
Terhad tanpa belajar (Nabi Adam);
- Kita mampu untuk menghadap dan Melihat Allah
tanpa Hijab (Nabi Muhammad SAW)
"Siapa yang kenal dirinya akan kenallah pada Tuhannya"
Rahsia - rahsia dari
pengucapan ini hanya diberikan kepada mereka yang ada Makrifat.
Dan berkaitan dengan Makrifat ini seorang guru Ahli Sufi Sheikh
Ibni Atho'illah As-Kandari ada berkata tentang halnya iaitu ;
|
|
yang mana
pengertianya ialah "Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala,
nescaya dipandangnya (musyahadahkan) akan Allah dalam tiap - tiap sesuatu di
mana Allah yang berbuat dan yang memerintah".
Ini
menunjukkan tujuan makrifat ini ialah untuk mentauhidkan Allah atau sebagai
memaknakan pengucapan kalimah;
Jauh sekalilah benarnya orang - orang
yang menafikan Ketuhanan Lain Selain dari Allah tapi masih melihat amal dan
ilmunya dengan
orang menafikan wujudnya "ghair" dan terlupa akan
wujud dirinya.
Jauh sekalilah dari fahaman yang
sebenarnya; orang yang Menafikan Ketuhanan tetapi masih besar kegoan(Keakuan) mereka
dengan
orang yang mengisbatkan Istiqna'(Terkaya) dan Iftikor(Berhajat) dalam
Ketuhanan Allah.
Dan jauh lagi dari sampainya(WASIL lLALLAH) orang
- orang yang hanya memerhatikan zhohir sesuatu.
Firman Allah dalam surah Yusof:106 bermaksud:
Dan (orang-orang yang beriman kepada
Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka
mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Mujahadah
ialah permainan kanak - kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja
adalah perjuangan. Matinya diri itulah kesudahannya.

